Blog ini dalam proses untuk pengubahsuai dan penambahbaikan. Segala kesulitan amat dikesali..

Pages

12:19 AM

Guru Besar SJK (C) Chiao Ching


BUTIRAN DIRI

NAMA: OON GEOK LAN
TARIKH LAHIR: 1 JAN 1957
TEMPAT LAHIR: SINGAPORE
ALAMAT: NO 2789 JLN SERAYA TMN SRI ENDAU 86900 JOHOR

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1. MCE (1975)
2. HSC (1977)
3. SIJIL PERGURURAN (B.CINA) MAKTAB PERGURUAN HOHD KHALID JB
4. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

SEJARAH PERKHIDMATAN

1. GURU PENOLONG KANAN SJK (C) CHIAO CHING (1980-1994)
2. GPK KK SJK (C) CHIAO CHING (1994-1996)
3. GPK HEM SJK (C) CHIAO CHING (1997)
4. GURU BESAR SJK (C) KG HUBONG (1998-2003)
5. GURU BESAR SJK (C) JEMALUANG (2003-2004)
6. GURU BESAR SJK (C) PAI CHEE (2004-2006)
7. GURU BESAR SJK (C) CHIAO CHING (2006-SEKARANG)

7:54 PM

Piagam pelanggan sekolah


KAMI GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH SJK (C) CHIAO CHING DENGAN PENUH TEKAD DAN KEAZAMAN BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN KESELURUHAN TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan kemaskini mulai sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berkesan.

3. Berusaha ke arah "ZERO DEFECT-TANPA KECACATAN" dalam aspek akademik, displin, tanpa dadah dan keceriaan.

4. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi akademik dan aktiviti kokurikulum.

5. Menunaikan tuntutan Falsafah Pendidikan Malaysia.

6. Berusaha mendapat sokongan dari segala lapisan masyarakat dalam semua aspek.

7. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi sekolah.

8. Berazam menjadikan sekolah satu tempat yang bersih dan digemari murid-murid.

9. Menjadikan murid-murid dengan penuh mesra dan kasih sayang bagi mewujudkan sekolah penyayang.

10. Memastikan persekitaran sekolah bersih demi menjamin kesihatan murid.

11. Menyediakan bantuan biasiswa untuk murid-murid cemerlang.

12:40 AM

Sekitar sekolah






12:20 AM

Visi dan Misi Sekolah


VISI SEKOLAH
SJK (C) Chiao Ching Sekolah Harapan Negara pada tahun 2010

MISI SEKOLAH
SJK (C) Chiao Ching akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum menjelang tahun 2009

MATLAMAT SEKOLAH
SJK (C) Chiao Ching akan melahirkan pelajar yang lulus peperiksaan UPSR 65% disamping berjaya dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya tempat kedua dalam pertandingan dalam peringkat daerah pada tahun 2009

12:03 AM

Sejarah SJK (c) Chiao Ching



SJK (C) Chiao Ching, Endau adalah sebuah sekolah Cina yang didirikan oleh masyarakat Cina di Endau pada 04 April 1932.Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan yang asas
kepada anak-anak kaum Cina, yang pada masa itu sebagai peneroka di Bandar Endau. Nama "CHIAO CHING" dalam bahasa Cina bermaksud " Bersama-sama Mendirikan Pendidikan, Bersama-sama Menghargainya.
Pengasas-pengasas sekolah adalah En. Wu Zhang Kang, En. Pan Bao Ming, En. Xie Du Jie, En. Xu Ming Yan dan beberapa prang lagi. Pada mula pembukaan sekolah, mereka menyewa sebuah rumah kediaman di Kampong Tanjung sebagai bangunan sekolah. Pada permulaan sekolah ini hanya mempunyai 6 anak murid sahaja. Pada masa itu En. Heng Huang Jun Sheng adalah guru besar yang pertama. Pada tahun 1936 sekolah ini sudah mempunyai 30 orang murid.
Pada tahun 1942 hingga 1945 sekolah ini terpaksa ditutup kerana askar Jepun yang menyerang dan menjajah ke tanah air kita. Pada tahun 1946 selepas tentera Jepun mengundur, sekolah ini dibuka semula dengan menyewa sebuah rumah kedai sebagai bangunan sekolah di 108, Jalan Mohd Ali, Endau. Pada masa itu sekolah Chiao Ching sudah mempunyai 100 orang murid.
Memandangkan bilangan murid yang kian bertambah, En. Chia Chang dan En. Chia yong Kao, telah menderma sebidang tanah dengan seluas 1.7 hektar yang terletak dipinggir bandar Endauuntuk dijadikan tapak sekolah ini. Maka sekolah ini telah berpindah ke tapak sekarang iaitu di Jalan Haji Ariffin pada tahun 1956. Masyarakat Cina pada masa itu telah berjaya mengutip derma RM20000.00 untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru.