Blog ini dalam proses untuk pengubahsuai dan penambahbaikan. Segala kesulitan amat dikesali..

Pages

12:03 AM

Sejarah SJK (c) Chiao Ching



SJK (C) Chiao Ching, Endau adalah sebuah sekolah Cina yang didirikan oleh masyarakat Cina di Endau pada 04 April 1932.Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendidikan yang asas
kepada anak-anak kaum Cina, yang pada masa itu sebagai peneroka di Bandar Endau. Nama "CHIAO CHING" dalam bahasa Cina bermaksud " Bersama-sama Mendirikan Pendidikan, Bersama-sama Menghargainya.
Pengasas-pengasas sekolah adalah En. Wu Zhang Kang, En. Pan Bao Ming, En. Xie Du Jie, En. Xu Ming Yan dan beberapa prang lagi. Pada mula pembukaan sekolah, mereka menyewa sebuah rumah kediaman di Kampong Tanjung sebagai bangunan sekolah. Pada permulaan sekolah ini hanya mempunyai 6 anak murid sahaja. Pada masa itu En. Heng Huang Jun Sheng adalah guru besar yang pertama. Pada tahun 1936 sekolah ini sudah mempunyai 30 orang murid.
Pada tahun 1942 hingga 1945 sekolah ini terpaksa ditutup kerana askar Jepun yang menyerang dan menjajah ke tanah air kita. Pada tahun 1946 selepas tentera Jepun mengundur, sekolah ini dibuka semula dengan menyewa sebuah rumah kedai sebagai bangunan sekolah di 108, Jalan Mohd Ali, Endau. Pada masa itu sekolah Chiao Ching sudah mempunyai 100 orang murid.
Memandangkan bilangan murid yang kian bertambah, En. Chia Chang dan En. Chia yong Kao, telah menderma sebidang tanah dengan seluas 1.7 hektar yang terletak dipinggir bandar Endauuntuk dijadikan tapak sekolah ini. Maka sekolah ini telah berpindah ke tapak sekarang iaitu di Jalan Haji Ariffin pada tahun 1956. Masyarakat Cina pada masa itu telah berjaya mengutip derma RM20000.00 untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru.

0 comments: